salam semua...hari nie perasaan agak kucar kacir sket... saja nak kongsi ngan uols coretan n luahan hatiku... nanti ku deletelah entry yang x berkenaan nie...
semalam satu perkhabaran yang amat mengejutkan maira terima... seblom nie, cerita demi cerita singgah dicuping telingaku... daku sekadar mendengar dan kengkadang turut bercerita... benih simpati kerap tumbuh di hati... namun maira sendiri x pasti, adakah maira sudah bersedia untuk cukup ikhlas memberikan sebuah kemaafan...... sebuah kemaafan dari sekeping hati yang pernah hancur remuk.... berkecai, bertabur... lebih dahsyat dari kaca yang terhempas ke batu.. akibat perbuatan seorang manusia yang bernama ANA... hanaya Allah yang tahu siksa, derita yang tersemat dihati setiap kali terkenangkan wajah anak kecil maira, iman tatkala iman terlantar lemah akibat kecederaan & pendarahan dalam kepala sewaktu sikecil iman cuma berusia 2 bulan.... malas rasa nak bercerita semula... kalau nak tau, u ols bacalah entry tentang 2008 dalam memori....
apa yang maira nak ceritakan disini ANA telah pergi menyahut panggilan Illahi 2 minggu lepas akibat kanser usus... maira baru dapat berita nie semalam.... hujung tahun 2008, maira ada dengar berita, ANA telah menjalani pembedahan akibat penyakit tersebut.... hubby ada terserempak dengan ANA selepas ANA keluar wad... Tubuh gempal ANA dah hilang... tinggal kulit & tulang bak kata hubby.... ngeri...
bulan lepas, iman masuk wad sekali lagi.... cerita tentang ANA maira dengari lagi... khabarnya ANA teruk menderita diwad (masuk wad lagi selepas pembedahan).... deritanya sampaikan wajah ANA kelihatan seperti orang tua.... padahal usianya baru awal 30an.... derita ANA, sakit ANA memang sudah x tertanggung.... ANA menjerit, mengerang menahan kesakitan yang teramat....... sehinggakan tiada pesakit lain yang sanggup tinggal sebilik dengan ANA. hanya ALLAH yang tahu bagaimana kesakitan yang ANA tanggung.... adakah kesakitan itu sama seperti sakitnya IMAN ketika terlantar lemah longlai akibat perbuatan ANA?? hanya Allah yang tahu........ Di saat ANA menderita menanggung kesakitan yang teramat.... khabarnya, tiada siapa yang datang melawat hatta suaminya sekalipun.... hati maira yang pernah dizalimi tersentuh... terbit rasa simpati terhadap ANA...... cepat sungguh balasan Allah...
Demi Allah, walaupun hati ini sakit...... x pernah sekalipun maira mendoakan keburukan kepada ANA, jauh sekali menyumpah seranah....... cuma kepayahan untuk memaafkan perbuatan ANA....... kini, ANA telah tiada, telah pergi untuk selamanya.... maira kena belajar untuk memberikan sebuah kemaafan.... semoga Allah ampunkan semua dosa2 ANA, semoga Allah ikhlaskan hati maira untuk memberi sebuah kemaafan...
kejamkah maira... sehingga saat ini maira x pasti adakah hati ini rela memaafkan ANA... ya Allah... ampuni dosaku... ikhlaskan hatiku... semoga diriku diberikan kekuatan...
Al fatihah untuk arwah ANA
Sangat Tidak Mudah...
-
Sangat tidak mudah mencari kekuatan tatkala diri sedang di uji...
Sangat tidak mudah mengukir senyuman tatkala kesedihan meruntun hati..
Sangat tidak mudah m...
12 years ago
0 comments:
Post a Comment