Tuesday, October 27, 2009
printed lagi
Posted by maira at 8:19 AM 0 comments
Thursday, October 22, 2009
entry terperam
nie pulak stock printed yang dah lama terperam... hehe... most of them hanya untuk 1 tudung... sama jugak, kalau berkenan just emel ke humaira's collection@gmail.com
CH01
Posted by maira at 11:21 AM 0 comments
yang mana 1 pilihan kalbu
entry nie maira letakkan brocade2 yang ada pada maira pada masa ini... (dibuka untuk tempahan).. walaubagaimanapun some of them blum ada matching... :), tapi maira akan usahakan untuk mencari jodohnya dalam minggu nie... :) so, kalau ada yang berkenan, emelkan pilihan anda kepada humairascollection@gmail.com (no sms ek kali nie)... sorry... some of the brocade very limited, n some of them boleh reorder insya Allah... :)
macam biasa, 1st come, 1 served basis yer... enjoyyyyyyyy.........
brocade 1
brocade 2
brocade 3
brocade6
Posted by maira at 10:42 AM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Harga tudung
Salam sekali lagi...
banyak sms maira terima bertanyakan harga tudung2 humaira's collection... so maira harap entry nie dapat menjawab semua persoalan yer...
Tudung scallop/standard awning brocade/ thai silk
~ harga RM55 bg labuh 40-42cm & RM70 bg labuh 48-50cm. Bagi penambahan bling2 (maira gunakan swarovski crystal, tambahan RM25 bg setiap tudung dengan swarovski yang lebat n padat (sekurang kurangnya 70 biji swarovski per tudung), dan bg yang x nak banyak2 bling2 harga boleh runding bergantung kepada berapa banyak crystal swarovski yang digunakan... maira rasa semua orang sedia maklum dengan harga batu batan swarovski yang agak tinggi kan... tapi percayalah, the price memang worth it berbanding dengan harga butik yang mencecah ratusan ringgit bg tudung yang menggunakan swarovski sebagai hiasan :)
Tudung scallop/standard full lycra
~Harga tudung RM45 bg labuh 40-42cm & RM60 bg labuh 48-50cm. Bagi penambahan bling2 bercorak (korean crystal) harga tudung bergantung kepada corak batu... ini adalah kerana harga batu bergantung kepada corak batu... so bgtau bajet anda, n i will find the bling2 within the budget yer... :)
**got some work to do... kalo ada masa nanti kusambung
Posted by maira at 8:14 AM 0 comments
Berita Terkini
hihi... selalu x der masa nak update... teruk betul kan....
sekarang tempahan dah mencecah 50 helai, maka kene stop dulu terima tempahan... nak siapkan yang sedia ada nie huhuuuuuu......
just nak bgtau, material baru akan tiba in short time... hope sempatlah dipamerkan kat sini nanti :)
Nampaknya ramai yang masih bertanyakan harga tudung, maira update harga kat next entry yer...
kak mala, i owe u pic cara2 memakai tudung scallop... masya Allah... dah lama hutang tu... huhuuuu... hope boleh bayar hutang tu by malam nie...
n lagi, rasanya maira ada hutang 2 orang belen duit pos, mama esya n kak sherry... semalam masa belek2 henpon baru perasan... mama esya RM6, kak sherry RM4...maira bayar dalam masa terdekat k... nanti ku sms :)
okeh... thats all for now... nak karang entry harga tudung... banyak yang kurang rupanya kat blog nie huhuuuuuuuu
Posted by maira at 8:03 AM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
salam aidilfitri
salam aidilfitri buat semua pelanggan & pengunjung blog ini... maira menyusun 10 jari memohon ampun & maaf andai ada kekhilafan yang dilakukan selama kita berurusniaga... semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan....
banyak yang nak distorykan... tapi bukan kat sini, kat rumah 1 lagi tu... antara peristiwa penting yang berlaku ialah, seminggu sebelum raya adik ipar maira (sipu) ditimpa musibah... beliau telah mengalami kemalangan ngeri selepas pulang dari berbuka puasa di rumah maira... dengan kecederaan amat parah dimuka dan peha kiri patah, kami nyaris kehilangan beliau... family husband turun ke putrajaya dari pahang kerana bimbang x sempat bersua dengan beliau lagi... apa yang terjadi tu amat mengejutkan... amat mengesankan di hati maira... mujurlah kebanyakan tempahan telah siap, kecuali tudung nasywa... so sorry nasywa.... x der rezeki u sebelum raya tu huhu....
apa yang berlaku pasti ada sebab musabab, juga pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya... apa yang penting semuanya selamat n detik2 mencemaskan itu sudah berlalu... time to get back to the normal life... life must goes on and on... yang penting redha dengan ketentuan Illahi...
walaupun persiapan raya kali ini agak kelam kabut kerana musibah yang berlaku, namun semuanya berjalan lancar termasuk majlis pertunangan adik ipar maira kat pahang yang berlangsung pada raya ke 2... Alhamdulillah....
uish... dah panjang ku meraban... apa yang penting, maira nak bgtau TEMPAHAN TUDUNG SUDAH DIBUKA...
ramai yang sms tanya macam mana nak order tudung... so time to godam2 blog yang dah lama x terusik nie hehe... insyaAllah, semua informasi yang anda perlukan akan diupdate secepat mungkin :)
thanx so much kerana sudi jengah blog nie yer.... untuk makluman jugak, semua emel teah dibalas... maaf sekali lagi atas kesulitan yer... :)
Posted by maira at 10:04 PM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Edisi Raya Part 3~ cuci mata lagi :)
sambung cuci2 mata... banyak tempahan gorjess brocade sempena glam raya ... hehe
okeh... sekian dulu edisi cuci mata ... nanti senang2 maira upload lg k... muahhhhhhhhhhssss
Posted by maira at 8:15 AM 0 comments