Thursday, September 10, 2009

Edisi Raya Part 2~cuci mata sket...


Salam semua
Nie edisi cuci mata pulak... banyak lagi yang x snap pic... jom layan pic yang ada yer :)
gold n olive green
beautiful yellow n red (both out of stock)
pastel n royal blue
olive green yang menjadi rebutan semua :)
brown paisley
lite pepel sakura n silver paisley
Tempahan dari lecturer UPM
2 tones tempahan cikgu yang gorjess
juga belongs to cikgu gorjess hehe

more pic is coming up next :)

Edisi Raya Part 1 (Bebel sket hehe)

Salam semua....
Lama rasanya x update blog nie... dah bersawang habeh kekeke...
sebenarnya kebizian melampau dalam menyiapkan semua tempahan yang bertimbun timbun untuk hari raya... sebab tu lah blog nie sepi, tuan kedai sangat2 bz bergelumang dengan kain & berkungfu dengan mesin jahit... saban hari & saban waktu.....
Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah... Terharu rasanya bila tudung hasil kerja tanganku kini dipakai oleh semua golongan, dari suri rumahtangga hingga kepada golongan profesional.... Terima kasih kepada pelanggan setia yang umpama "DUTA" mempromosikan tudung dari "humaira's collection". Hanya Allah dapat membalas budi kalian.
Banyak tudung2 x sempat nak snap pic... dah siap jahit, terus di kolek oleh kastemer... Sepanjang ramadhan jugak, rumahku x putus2 dikunjungi kastemer... sangat2 gembira kerana jenamaku semakin dikenali... insya Allah, akan buat branding lepas raya nanti :)
Kepada yang nak menempah tapi terpaksa di tolak, harap maaf dan semoga memahami... Maira x nak tamak n lepas tu x dapat nak siapkan tempahan... biarlah ku ambil setakat termampu... Jualan secara borong kepada beberapa peniaga juga terpaksa dihentikan sehingga di beritahu kelak... harap maaf yer... memang x mampu lagi nak penuhi permintaan memandangkan tempahan kastemer amatlah banyak....
Hihi... edisi raya dah jadi edisi membebel.... bukan bebel saja2 tau... bebelan kepada yang sudi membaca... Juga penghargaan kepada semua kastemer... sungguh x sangka, perniagaan berasaskan hobi yang ku mulakan dengan niat ikhlas kerana Allah demi mencari sedikit rezeki tambahan telah membuahkan hasil... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi kemahiran dibidang jahitan...
Akhir sekali, terima lasih sekali lagi kepada semua pelanggan setia & juga pelanggan pelanggan baru humaira's collection... Selamat menjalankan ibadah puasa & selamat membuat persiapan hari raya yang menjelang tiba.... Semua tempahan hari raya akan diposkan selewat2nya sabtu nie... Kejap lagi akan upload serba sikit pic tang sempat disnap sebelum diserahkan kepada tuan empunya :)

Sunday, August 23, 2009

~::Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak::~

Salam semua pelanggan & pengunjung yang dikasihi
Humaira's Collection ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga segala ibadah kita diterima Allah & semoga dinerkati Allah selalu.

Tuesday, August 18, 2009

New stock open for booking

salam semua...
seperti yang dijanjikan, inilah stock untuk di tempah kali nie... memang x banyak sebab tempahan sedia ada sudah banyak, :), kalo ambik bebanyak takut x siap pulak kan hehe...
as usual, material awning 100% pure brocade silk n for body very high quality lycra :)
Harga tudung RM55, deposit RM20 per tudung.
Each item available for 1 tudung only... ha... very exclusive gittew, cukup glam untuk hari raya anda
Sorry ek, memang x dapat nak letak banyak walaupun brocade banyak dalam simpanan huhu... & mulai saat ini tempahan tudung untuk hari raya di tutup dengan rasminya... lain2 kita sambung lepas raya k..
kalau sempat mungkin akan selit2 ready stock, but no promise k...
orait, panjang pulak melalut... jemput pilih tudung idaman hati yer... enjoyyy!!

HM08~Dark Blue with matching brocade
booked by salwani

HM09~booked by salwani
HM10~ brown khakis with matching brocade
tampak elegant
booked by an
HM11~lite gold paisley brocade with matching high quality lycra
booked by salwani
HM12~hijau lumut with matching brocade
sangat gorjes tau
booked by kak sherry

PENGUMUMAN... MAAF YER SEMUA

Salam...

1st maaf sesangat x sempat jenguk blog nie since last week... ada masalah sikit... anak kedua maira Muhammad 'izzul Iman admitted at Hospital Putrajaya sebab pneumonia... so memang kelam kabut, n x sempat membuat pengeposan... petang semalam iman dah discas from ward, so lega lah sikit :)

Fahyda, Za, jaa, diyana, maaf sesangat, memang x sempat nak pos tudung2 anda... insya Allah, akan diposkan esok yer.... n za, as requested, maira pos on friday yer :)

ada sikit jer new stock yang akan di upload dalam masa terdekat memandangkan tempahan sedia ada dah banyak... :)

lastly, doakan kesihatan iman yer... n maaf sekali lagi terutama kepada nama2 di atas sebab kelewatan penegeposan... maaf sesangat yer...

Wednesday, August 12, 2009

Edisi musim demam :(

salam semua pelanggan & pengunjung yang dikasihi

maafla x der new update or new stock this week... nak bgtau, tuan kedai selesema plus sakit tekak errrrrrr demam panas tiada... fuh lega... selesema biasa tapi agak teruk coz terasa la sakit2 badan, dr suruh rehat n banyakkan minum air kosong...

sebenarnya walaupun blog nie x terupdate, bukan bermaksud tiada tempahan... tempahan offline sekarang banyak sangat, so harap semua dapat faham ye... maira cuba nak penuhi setiap permintaan anda... :)

apapun, maira tetap akan letak new collection sebelum puasa, sebagai penutup sebelum order ditutup dengan rasminya...

maira amat2 berterima kasih kepada semua pelanggan setia humaira's collection yang sentiasa bersabar menunggu tempahan masing2 siap... kadang2 makan masa sebab stock kain yang x menentu :(, apapun i feel so blessed to have your patience... lots of thanx for all of u... really appreciate it... sangat2 gembira kerana mempunyai pelanggan yang cukup memahami seperti anda semua...

muaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhsssssssss....

Tuesday, August 4, 2009

edisi sapu sawang...

salam semua... 1st sorry x sempat nak letak new item.... bukan x nak letak... nak habeskan tempahan yang ada, kalau letak sekraang, konpomla uols kene tunggu lama untuk tudung siap... bukan x nak buat ready stock, memang x sempat... lagi pun maira suka ambik tempahan... jahit ikut kehendak kastemer :)... mehla kita tengok tudung2 yang telah selamat diterima oleh pemiliknya... ada yang x sempat nak snap pic pun... huhuuuuuu... x perlah... cuci2 mata dulu...
insya Allah dalam seminggu lebih lagi ada new stock n sepanjang ramadhan tiada sebarang tempahan diterima, mungkin maira buat ready stock sajer... nak rehat sket hehe

ada sms yang x sempat dibalas, sorry sangat2... banyak sms masuk, maira ucapkan jutaan terima kasih, maira try jawab semua sms.. 1 by 1.. lambat sket sorry yer...