Wednesday, June 22, 2011

~::TEMPAHAN BAJU KURUNG EDISI RAYA::~

assalamualaikum...

masih ramai yang bertanya mengenai tempahan baju kurung untuk hari raya... saya masih menerima tempahan sehingga 30 JUN 2011..

upah untuk sepasang baju kurung RM35, untuk piping plus RM10

untuk tempahan sila sms 012-5144041

sekian, terima kasih

~::Assalamulaikum::~

Assalamualaikum w.b.t

kelu lidah nak memulakan bicara... hampir setahun blog nie terbiar sepi... ada cerita tersendiri mengapa ianya sepi, lumrah kehidupan manusia.. selalunya bila kita senang sikit ada sajalah yang datang mengambil kesempatan... bab tu saya boleh terima lagi.. yelah, rezeki saya dari Allah... saya betul2 x kisah & ikhlas bila ada yang inginkan bantuan... tapi sedihnya bila madu diberi racun dibalas... kisah lama usah di ungkit...

senang citer, blog nie terabai sebab ada 'stalker'... harap2 stalker tu dah puas hati sebab lama saya menyepi... setelah puas berfikir & muhasabah diri... saya rasa cukup cukuplah hampir setahun stalker tu tersenyum puas sebab menyangka saya telah tewas...

saya masih rindukan blog nie... malah walaupun tiada sebarang update, panggilan telefon, sms mahupun emel masih x putus2 saya terima... terima kasih atas sokongan semua... memang terharu rasa... syukur kerana pintu rezeki saya dalam bidang ini sentiasa terbuka luas...

insya Allah, saya akan update dari semasa ke semasa... mungkin tidak sekerap dulu... (sebab saya tahu ada yang 'berbulu' bila bukak blog nie... ) tak kisahlah tu...

erm... cerita terbaru... saya baru naik bekerja lepas cuti sebulan sbb anak2 kena chicken pox.. lama bercuti sambil menyiapkan tempahan kastemer... bersabar menunggu giliran ye...
sambil2 tu.. saya sedang berjinak jinak dengan 1 bidang baru... insya Allah, kalau ada sikit keyakinan nanti saya war warkan ye (^_^)

buat semua yang terus memberikan sokongan, saya ucapkan jutaan terima kasih... semoga Allah memberikan segala yang terbaik buat kalian...

sampai jumpa lagi ... tataaaaaaa...

Thursday, October 7, 2010

I'ts humaira's collection (^_^)





antara tudung untuk hari bersejarah anda... (^_^)

Tuesday, September 21, 2010

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

salam sayang pelanggan & pengunjung yang dikasihi..

jutaan maaf dipohon kerana kesibukan membataskan waktu untuk meng update blog ini..
Jutaan terima kasih buat semua pelanggan setia yang x jemu2 memberikan sokongan..

sempena syawal yang mulia, maira menyusun 10 jari, memohon ampun & maaf kalau ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa..

maaf juga kerana tumpuan terhadap blog ini banyak berkurangan ekoran dari kebizian dalam urusan seharian.. insya Allah, blog ini tetap akan diupdate..

oklah...
sekali lagi Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin

(^_^)

Tuesday, June 8, 2010

TEMPAHAN BAJU DITUTUP

salam semua pengunjung & pelanggan yang dikasihi...
tajuk kat atas dah menerangkan isi posting nie kan.. yup... tempahan baju telah ditutup... ramai yang still tanya.. tapi bg mengelakkan sebarang masalah masa nak raya nanti, terpaksa ditutup dulu ya tempahan bajunya... :)
untuk tudung pulak... tempahan untuk hari raya akan ditutup mulai 15 JULAI 2010. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian...
thanx (^_^)

Thursday, May 27, 2010

posto... posto...

salam 1 malaysia
nak bagitau, minggu nie x sempat g pejabat pos lagi, sabtu maira pos ek tudung yang dah siap, maaf, x sempat sangat2 huhu...

anak tudung oh anak tudung...

salam pelanggan & pengunjung yang ku kasihi
lately my inbox penuh dengan pertanyaan mengenai anak tudung syria berawning tu... ekceli maira buat untuk butik that anak tudung... kak marina yang baik hati yang bg contoh, then maira jahitkan seperti yang diminta... ready stock memang x der... kalau berminat, boleh tempah n siap in very short time...
material untuk anak tudung tu cotton lycra, so sangat sesuai untuk casual or outdoor. selesa, x panas... x gatal, menyerap peluh... harganya RM15 per anak tudung...
a very good price for u...
if interested just emel or sms k (^_^)