Wednesday, September 30, 2009

salam aidilfitri

salam aidilfitri buat semua pelanggan & pengunjung blog ini... maira menyusun 10 jari memohon ampun & maaf andai ada kekhilafan yang dilakukan selama kita berurusniaga... semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan....

banyak yang nak distorykan... tapi bukan kat sini, kat rumah 1 lagi tu... antara peristiwa penting yang berlaku ialah, seminggu sebelum raya adik ipar maira (sipu) ditimpa musibah... beliau telah mengalami kemalangan ngeri selepas pulang dari berbuka puasa di rumah maira... dengan kecederaan amat parah dimuka dan peha kiri patah, kami nyaris kehilangan beliau... family husband turun ke putrajaya dari pahang kerana bimbang x sempat bersua dengan beliau lagi... apa yang terjadi tu amat mengejutkan... amat mengesankan di hati maira... mujurlah kebanyakan tempahan telah siap, kecuali tudung nasywa... so sorry nasywa.... x der rezeki u sebelum raya tu huhu....

apa yang berlaku pasti ada sebab musabab, juga pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya... apa yang penting semuanya selamat n detik2 mencemaskan itu sudah berlalu... time to get back to the normal life... life must goes on and on... yang penting redha dengan ketentuan Illahi...

walaupun persiapan raya kali ini agak kelam kabut kerana musibah yang berlaku, namun semuanya berjalan lancar termasuk majlis pertunangan adik ipar maira kat pahang yang berlangsung pada raya ke 2... Alhamdulillah....

uish... dah panjang ku meraban... apa yang penting, maira nak bgtau TEMPAHAN TUDUNG SUDAH DIBUKA...

ramai yang sms tanya macam mana nak order tudung... so time to godam2 blog yang dah lama x terusik nie hehe... insyaAllah, semua informasi yang anda perlukan akan diupdate secepat mungkin :)

thanx so much kerana sudi jengah blog nie yer.... untuk makluman jugak, semua emel teah dibalas... maaf sekali lagi atas kesulitan yer... :)

0 comments: