Thursday, September 10, 2009

Edisi Raya Part 1 (Bebel sket hehe)

Salam semua....
Lama rasanya x update blog nie... dah bersawang habeh kekeke...
sebenarnya kebizian melampau dalam menyiapkan semua tempahan yang bertimbun timbun untuk hari raya... sebab tu lah blog nie sepi, tuan kedai sangat2 bz bergelumang dengan kain & berkungfu dengan mesin jahit... saban hari & saban waktu.....
Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah... Terharu rasanya bila tudung hasil kerja tanganku kini dipakai oleh semua golongan, dari suri rumahtangga hingga kepada golongan profesional.... Terima kasih kepada pelanggan setia yang umpama "DUTA" mempromosikan tudung dari "humaira's collection". Hanya Allah dapat membalas budi kalian.
Banyak tudung2 x sempat nak snap pic... dah siap jahit, terus di kolek oleh kastemer... Sepanjang ramadhan jugak, rumahku x putus2 dikunjungi kastemer... sangat2 gembira kerana jenamaku semakin dikenali... insya Allah, akan buat branding lepas raya nanti :)
Kepada yang nak menempah tapi terpaksa di tolak, harap maaf dan semoga memahami... Maira x nak tamak n lepas tu x dapat nak siapkan tempahan... biarlah ku ambil setakat termampu... Jualan secara borong kepada beberapa peniaga juga terpaksa dihentikan sehingga di beritahu kelak... harap maaf yer... memang x mampu lagi nak penuhi permintaan memandangkan tempahan kastemer amatlah banyak....
Hihi... edisi raya dah jadi edisi membebel.... bukan bebel saja2 tau... bebelan kepada yang sudi membaca... Juga penghargaan kepada semua kastemer... sungguh x sangka, perniagaan berasaskan hobi yang ku mulakan dengan niat ikhlas kerana Allah demi mencari sedikit rezeki tambahan telah membuahkan hasil... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberi kemahiran dibidang jahitan...
Akhir sekali, terima lasih sekali lagi kepada semua pelanggan setia & juga pelanggan pelanggan baru humaira's collection... Selamat menjalankan ibadah puasa & selamat membuat persiapan hari raya yang menjelang tiba.... Semua tempahan hari raya akan diposkan selewat2nya sabtu nie... Kejap lagi akan upload serba sikit pic tang sempat disnap sebelum diserahkan kepada tuan empunya :)

0 comments: